Seronoknya hari ini.. Hari ini, pagi, kami Asas 2 dan Tahap 2 mempunyai satu aktivi iaitu Healthy food or Smart Mind. :)
Dan pada petang pula, matapelajaran Falsafah. cikgu tiada tadi.. dan seterusya ade kokurikulum.. seronok sangat..
Pada Waktu malam, semasa mendengar tazkirah/ceramah dai Ustaz Saifun, kami ada kelas Fizik.. semasa kelas Fizik, terdapat ujian yang cikgu berikan.. Susahnya..:(
Rabu, 25 Februari 2015
23.2.2015 - 24.2.2015
Pada hari Isnin dan Selasa, pembelajaran berjalan lancar seperti biasa. Dan tidak mempunyai sebarang aktiviti. Hanyalah hari yang dipenuhi dengan kerja-kerja yang diberikan oleh cikgu. tidak sabar rasanya hendak menunggu ketibaan hari Rabu...
Ahad, 22 Februari 2015
Cuti Tahun Baru Cina!!
Saya telah pulang ke rumah sempena cuti tahun baru cina ini. Di rumah, saya melakukan aktiviti harian seperti biasa. Contohnya, bermain permainan, membuat kerja sekolah dan lain-lain..
Pada hari Ahad, tibalah masa untuk pulang ke sekolah semula..
Pada hari Ahad, tibalah masa untuk pulang ke sekolah semula..
14 . 2 . 2015 - 15 . 2 .2015
Pada hari Sabtu lepas, sepatutnya ia adalah hari outing pelajar.. namun, ia telah ditukarkan kepada kelas kokurikulum. Saya menyertai unit uniform Peratuan Bulan Sabit Merah. Pada masa petang pula, telah diadakan kelas seni visual bagi pelajar seni visual asas 2.
Keesokan harinya, saya menghabiskan masa dengan membuat kerja yang telah cikgu berikan semasa saya sedang cuti. letih betul.. walaupun masih ada yang belum siap.. :(
Keesokan harinya, saya menghabiskan masa dengan membuat kerja yang telah cikgu berikan semasa saya sedang cuti. letih betul.. walaupun masih ada yang belum siap.. :(
11 . 2 . 2015 - 13 . 2 . 2015
Pada minggu ini adalah minggu aspirasi pelajar dimana murid-murid perlu menyertai pertandingan yang telah ditetapkan bagi menonjolkan kebolehan dan bakat masing-masing. Namun, saya begitu sedih kerana pertandingan yang saya masuk itu dilakukan semasa saya masih cuti iaitu 9 Februari..
3 . 2 . 2015 - 10 . 2 . 2015
Semasa 3 hingga 10 Febuari 2015, saya mengalami sakit yang berpanjangan. Jadi, guru membenarkan saya cuti sebentar dan pulang ke rumah untuk mendapatkan rawatan. Jadi, pada masa ini, tiada apa-apa yang boleh saya buat di rumah.
Langgan:
Catatan (Atom)