GERUNAN DENDA
BAB 1
Pada suatu malam yang sunyi, tiga
sahabat baik berkumpul di sebuah pondok. Pondok itu usang dan dengar cerita
ramai penduduk kampung yang diganggu oleh hantu. Haikal berkata, “wei, pondok ni kan berhantu… kenapa kita kena duduk
sini?”. “Janganlah cakap yang bukan-bukan” balas Azim yang sedang ketakutan.
Oleh kerana Zakwan yang mengajak mereka berdua, dia pun menjelaskan perkara
sebenar dan menunjukkan sepucuk surat kepada Azim dan Haikal. Diatas surat itu
tertulis ‘Zakwan, datang
ke pondok hujung kampung. Pukul 12 malam nanti.. Jangan lupa bawa Azim dan
Haikal sekali‘. Azim dan Haikal terpinga-pinga.
Tiba-tiba, Azim ternampak seseorang yang
sedang memperhatikan mereka dari sebalik pokok mangga yang berhampiran dengan
pondok tersebut. Azim hanya terdiam dan terkumat-kamit mambaca zikir. Dia tidak
mahu memberitahu rakan-rakannya. Malah, dia terus membaca dan membaca tanpa
berhenti. Haikal dan Zakwan pelik akan perlakuan Azim.
Jam sudah menunjukkan 2:30 pagi, masih
tidak ada kelibat seorang pun yang mahu menemui mereka. Tiba-tiba, Azim
berhenti berzikir dan dia terdengar sesuatu yang memanggil mereka. Selain Azim,
Zakwan dan Haikal juga turut terdengar. Mereka semakin takut kecuali Haikal.
Haikal pun berdiri di hadapan pondok lalu menjerit,“siapa tu?!!! Jangan
main-main dengan kami bertiga. Kalau berani, keluarlah. Aku tak takut dengan
kaulah..Tengoklah nanti, kalau kau keluar, aku belasah kau!”
Tiba-tiba, Azim dan Zakwan menjerit dan
memanggil Haikal,“Haikal..Haikal...be..bela..belakang kau
tu...p..po..po..po..cong!!!”
BAB 2
Haikal pun menoleh ke belakang. Alangkah
terkejutnya dia melihat pocong di belakangnya. Lantas dia berlari pulang ke
rumah padahal dia yang paling berani. Zakwan dan Azim pun mengikut Haikal
berlari dengan lintang-pukang. Sambil berlari Zakwan berkata kepada Haikal,“
Kenapa kau lari dulu.. bukan ke kau nak belasah dia?” “Bila masa pula aku cakap
macam tu??” balas Haikal sambil berpura-pura.
Sampai di rumah masing-masing, mereka tidak lena untuk tidur kerana
masih mengingatkan pasal pocong tadi. Inilah kali pertama mereka terjumpa
hantu.
Keesokan harinya, pada waktu persekolahan, mereka bertiga menceritakan
kepada rakan-rakan sekelas mereka. Mulalah
dihebohkan dari satu kelas ke satu sekolah dan ke satu kampung.
Waktu selepas rehat, Zakwan, Haikal dan
Azim ternampak surat di bawah meja masing-masing. Zakwan disuruh ke datang ke
kelas seorang diri pada pukul 7 malam. Haikal pula disuruh untuk datang ke
gerai makan pada 1 pagi manakala Azim akan pergi ke sebuah tasik di tengah
hutan tepi kampung mereka pada pukul 9 malam. Setelah mereka membaca surat itu,
lantas menunjukkan kepada rakan sekelas mereka. Selain surat itu, ada juga
surat mengugut kepada mereka. Surat itu menyatakan kalau mereka tidak mahu
pergi ada yang lebih teruk akan berlaku kepada mereka.
Mereka bertiga mengajak beberapa orang
untuk menemani mereka tetapi masing-masing tidak mahu kerana takut akan surat
itu. Mereka berhasrat untuk memberitahu ibubapa mereka ketika pulang nanti.
Selepas pulang, mereka bertiga
ternampak surat di basikal mereka. Ketiga-tiga surat itu menyatakan bahawa
kalau kamu bagitahu ibubapa kamu, maka peristiwa yang lebih besar akan berlaku.
Kelihatannya surat mengugut lagi. Mereka semakin takut.
Hari sudah menjelang malam, masa
bertolak sudah tiba. Mereka berasa takut, lagi-lagi hari ini malam Jumaat.
BAB 3
Zakwan sudah bersedia untuk 7 malam nanti. Tiba-tiba azan sudah kedengaran
tetapi masih tiada seseorang pun. Dia pun terfikir,“Baik aku pergi solat
Maghrib dulu kat kelas ni, tak adalah hantu datang usik aku”. Dia pun mengambil
wuduk di sebelah surau sekolah. Selesai sahaja, diamengambil sejadah dari surau
untuk bawa ke kelas.
Sampai sahaja di kelas, dia pun
membentang sejadah di lantai. Tanpa berlengah lagi, dia terus solat.Semasa
sedang rukuk, dia merasakan sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Dia
merasakan ada orang dibelakang dia. Dia menggerakkan biji matanya supaya dapat menoleh ke belakang. Ya
Allah!! terlintas di dalam hati apabila melihat seorang wanita bertelekung
sambil solat dibelakangnya. Yang lagi terkejut apabila melihat orang tersebut
berpaling dari arah kiblat.
Oleh kerana di terkejut, dia hanya
terpaku ketika rukuk dan tidak bergerak langsung. Rasa
seperti ada malaikat maut yang ingin mencabut nyawanya.
Tiba-tiba, wanita tersebut bersuara,
“Bang, cepatlah solat… nak jadi ma’mum ..abang imam”.
Tanpa berlengah masa, Zakwan berlari
dari sekolah dengan lintang-pukang.
Jam menunjukkan pukul 9 malam, Azim
berseorangan di tasik. Untuk menghilangkan rasa takut, dia telah membawa
peralatan memancing. Maklumlah.. banyak ikan di tasik itu.
Jam sudah pukul 10 malam, banyak ikan
yang ditangkap oleh Azim. Tiba-tiba, ada suara seseorang dari belakang ,“Hai bang...banyak ikan…”.
Azim pun menoleh ke belakang dan dia
terlihat tengkorak berbaju hitam. Azim yang paling penakut itu segera
mencampakkan ikan-ikan yang dipancingnya seekor demi seekor ke arah tengkorak
tersebut sambil menjerit, “Jangan! Jangan! Jangan! Tolong! Tolong! Tolong!”
dengan berulang-ulang kali. Setelah ikannya habis, dia pun berlari keluar dari
hutan.
BAB 4
Sekarang sudah pukul 1 malam, giliran
Haikal pula untuk diganggu. Ketika itu, Haikal sedang menonton televisyen di
gerai makan yang sudah tutup. Dia berunutung kerana televisyen itu sentiasa
boleh dibuka sesuka hati.
Tiba-tiba rancangan televisyen ditukar
oleh seseorang. Lagi-lagi ditukar kepada cerita hantu. Kedengaran pula orang
berkata, “Cerita best tu…rugi tak tengok bang…”. Haikal terkejut apabila ada
ramai wanita yang amat cantik, putih berseri seakan-akan orang bunian
disebelahnya.
Haikal pun berkata kepada wanita tersebut
, “akak-akak semua yang cantik jelita, cuba tengok tu”, sambil menunjukan ke
arah belakang wanita-wanita tersebut. Mereka pun menoleh ke arah belakang.
Ketika itu juga, Haikal sempat melarikan diri.
Dalam waktu yang sama, Azim, Haikal dan
Zakwan dikejar oleh hantu-hantu yang mereka jumpai tadi.
Azim dari arah utara, Haikal dari arah
selatan dan Zakwan pula dari arah timur. Mereka berlanggaran antara satu sama
lain. Akhirnya, hantu-hantu tersebut dapat mengejar mereka ketika mereka
terjatuh. Azim, Haikal dan Zakwan dikepung oleh hantu-hantu tersebut.
Mereka telah ditangkap dan diikat dengan
tali di pondok usang yang dikatakan banyak cerita hantu…
BAB 5
Keesokan harinya,
Haikal terjaga. Namun, kawan-kawannya masih tidur. Mereka masih lagi diikat
tetapi hantu-hantu itu sudah tiada kerana sudah pagi. Haikal pun mengejutkan
Azim dan Zakwan. Mereka berdua terbangun. Zakwan berkata, “Alhamdulillah...kita
hidup lagi.” Mereka pun cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Tiba-tiba
Guru besar sekolah mereka datang ke pondok itu.
Mereka meminta
tolong guru besar supaya membuka tali itu.
Guru besar pun
berkata, “saya takkan lepaskan kamu bertiga sekiranya kamu tidak meminta maaf
kerana kamu bertiga adalah pelajar yang suka ponteng kelas”
Mereka pun
meminta maaf dan bertanya, “cikgu Azman…hantu semalam tu hantu betul ke?”
“Tak, semalam
yang jadi hantu tu ada anak cikgu, cikgu-cikgu sekolah kita kawan-kawan dan mak
ayah kamu bertiga pun ada…”. “Apa? Mak ayah kami pun ada?” lantas Zakwan
berkata.
“Dan pocong
haritu… saya yang jadi”, sambung cikgu Azman.
Mereka terkejut
besar…
“Inilah denda
buat kamu semua…”kata cikgu Azman.
-
TAMAT –