Rabu, 18 Januari 2017

Latihan KBAT Bahasa Melayu

soalan : soalan-tatabahasa-spm-kbat.pdf

jawapan-

SET RAMALAN 1
i) Frasa nama + Frasa kerja
ii) subjek: Vincent Chong
    prediket: menghadiahi Zalipah sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14.
iii) Zalipah dihadiahi oleh Vincent Chong sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14.
iv) Bersempena dengan hari jadinya yang ke-14, Vincent Chong menghadiahi Zalipah sebuah novel.
v) yang
vi) dengan

SET RAMALAN 2
i) Frasa nama + Frasa kerja
ii) subjek: Guru
    prediket: mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.
iii) Murid-murid di dalam kelas itu diajar oleh guru subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.
iv) Di dalam kelas itu, guru mengajar murid-murid subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.
v) agar
vi) untuk

SET RAMALAN 3
i) Frasa nama + Frasa kerja
ii) subjek: Abang saya yang sulung
    prediket: memberi ayah wang untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur.
iii) Ayah diberi oleh abang saya yang sulung wang untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur.
iv) Untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur, abang saya yang sulung memberi ayah wang.
v) yang
vi) untuk

SET RAMALAN 4
i) Frasa nama + Frasa kerja
ii) subjek: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
    prediket: menganugerahi mantan Perdana Menteri itu bintang kehormatan di Istana Negara.
iii) Mantan Perdana Menteri itu dianugerahi oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bintang kehormatan di Istana Negara.
iv) Di Istana Negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menganugerahi mantan Perdana Menteri itu bintang kehormatan.
v) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
vi) menganugerahi

SET RAMALAN 5
i) Frasa nama + Frasa kerja
ii) subjek: Cik Yong
    prediket: suka membaca buku cerita pada masa lapang manakala Cik Susan suka menanam pokok bunga pada hujung minggu.
iii) Buku cerita suka dibaca oleh Cik Yong pada masa lapang manakala pokok bunga suka ditanam oleh Cik Susan pada hujung minggu.
iv) Pada masa lapang, Cik Yong suka membaca buku cerita manakala Cik Susan suka menanam pokok bunga pada hujung minggu.
v) manakala
vi) buku cerita

SET RAMALAN 6
i) Frasa nama + Frasa kerja
ii) subjek: Biduanita yang bersuara merdu itu
    prediket: telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang.
iii) Nafas terakhir telah dihembuskan oleh biduanita yang bersuara merdu itu di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang.
iv) Telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang, biduanita yang bersuara merdu itu.
v) pada
vi) biduanita

SET RAMALAN 7
i) Frasa nama + Frasa kerja
ii) subjek: Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning
    prediket: hanya meraih tempat ketiga dalam pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.
iii) Hanya tempat ketiga diraih oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning dalam pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.
iv) Hanya meraih tempat ketiga Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning dalam pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.
v) yang
vi) ketiga

SET RAMALAN 8
i) Frasa nama + Frasa kerja
ii) subjek: lembu yang menanduk kereta ayah saya itu
    prediket: menanduk kereta Ahmad pula pada minggu lalu
iii) Kereta Ahmad pula yang ditanduk oleh lembu yang menanduk kereta ayah saya itu pada minggu lalu.
iv) Lembu yang menanduk kereta ayah saya itu menanduk kereta Ahmad pula pada minggu lalu.
v) yang
vi) lembu

SET RAMALAN 9
i) Frasa nama + Frasa kerja
ii) subjek: Bahawa ujian bulan Januari
    prediket: akan bermula pada pukul 10 pagi diterangkan oleh guru bertugas, Puan Siti Zharafiyah Shaerra.
iii) Guru bertugas, Puan Siti Zharafiyah Shaerra menerangkan bahawa ujian bulan Januari akan bermula pada pukul 10 pagi.
iv) akan
v) bahawa
vi) guru

SET RAMALAN 10
i) Frasa nama + Frasa kerja
ii) subjek: Alilah Sherry
    prediket: tetap menghadiri majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian.
iii) Majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya telah dihadiri oleh Alilah Sherry sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian.
iv) Alilah Sherry tetap menghadiri majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian.
v) yang
vi) menghadiri

Selasa, 9 Ogos 2016

https://pppnukm.files.wordpress.com/2013/01/b2-bm2-set-2.pdf

3. (a) i. Kenderaan tidak dibenarkan melalui jalan raya yang sedang dibaiki itu.
i. Majlis sambutan hari guru dijalankan secara besar-besaran dan amat meriah.

ii. Polis sedang menjejaki banduan yang terlepas dari penjara.
ii. Selepas solat maghrib, tedapat kuliah daripada penceramah yang hebat.

iii. Kakak saya ditawarkan ke universiti di negara Amerika Syarikat.
iii. Makanan di gerai tersebut tidak memuaskan dan tawar rasanya.

(b) i. Mandi di sungai budak - budak itu.

ii. Sedang sakit tenat adik Nurina di hospital.

iii. Sungguh cantik cincin yang bertatahkan berlian itu.

iv. Berkejar - kejaran kanak - kanak itu di taman permainan.

v. Pada awal pagi sungguh dingin keadaan suhu di atas Bukit Melawati.

vi. Tidak berpenghuni sejak sepuluh tahun yang lalu rumah besar di atas bukit itu.

(c) i. Pekerja di kilang tersebut sedang memproses isi buah nanas yang akan direbus dengan air gula.

ii. Cikgu Zulaikha meminta kebenaran pengetua untuk membawa anaknya ke klinik untuk mendapatkan rawatan pada pagi itu.

iii. Peminat - peminat Siti Norhaliza yang ingin menyaksikan pertunjukkannya berasa kecewa apabila diberitahu bahawa pertunjukannya itu terpaksa ditangguhkan atas sebab - sebab keselamatan.

(d) i. Dato' Shamsuddin mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Tawakal untuk mengubati penyakit kanser hati yang dihadapinya.

ii. Kedua - dua adik - beradik kembar yang telah menyelesaikan pembedahan jantung itu berada dalam keadaan yang stabil dan selamat.

iii. "Kertas cadangan ini perlu dihalusi dengan telitinya sebelum kami ajukan permohonan tuan kepada ahli lembaga pengarah," kata Murad kepada Rohani.

Isnin, 8 Ogos 2016

3. (a) i. Pada malam yang dingin ini, kampung saya amat sunyi dan kelihatan ramai orang yang sudah lena tertidur.

i.  Sambutan Hari Kanak - Kanak Sedunia yang dingin tidak dapat menghiburkan sekolah ini.

ii. Saya hanya berdiam diri sahaja apabila tidak sempat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh cikgu.

ii. Dalam diam, penjenayah tersebut melarikan diri dari balai polis untuk menyelamatkan dirinya.

iii. Selipar yang sudah digunakan 5 tahun itu telah haus dan perlu dibawa ke kedai untuk baiki.

iii. Selepas acara merentas desa dijalankan, semua peserta berasa haus dan dahaga.

(b) i. Kumpulan penari Warisan Negeri Johor itu menari tarian zapin dengan lemah gemalai mengikut alunan rentak dan iramanya.

ii. Pengadil perlawanan bola sepak itu memberikan kad kuning kepada seorang pemain kerana mengasari lawan.

iii. Syakirah membeli dua kilogram langsat di sebuah gerai dalam perjalanannya pulang ke Muar.

(c) i. Shazwan menghadiahi ibunya seutas jam tangan kerana meraikan ibunya yang baru sahaja dinaikkan pangkat.

ii. Proses pengetinan nanas yang dijalankan di kilang itu menggunakan teknologi tinggi dari negara Jepun.

iii. Kakak selalu menggunakan losen pelembab muka sebelum dia tidur.

(d) i. Murid - murid di sekolah itu saling membantu menjayakan projek Taman Herba di kawasan lapang di belakang kantin sekolah.

ii. Senarai peserta yang akan menyertai ekspedisi itu telah diserahkan kepada pengetua untuk diluluskan.

Selasa, 2 Ogos 2016

Rumusun

      Petikan membincangkan tentang usaha-usaha membendung pencemaran alam sekitar di Malaysia.

      Antara usaha-usaha yang dilakukan ialah mempromosikan usaha memelihara alam sekitar menerusi media. Selain itu, menggunakan sumber alam secara berhemat. Seterusnya, membuang sampah di tempat yang disediakan juga salah satu usaha. Di samping itu, membawa bahan kitar semula ke pusat kitar semula. Usaha yang lainnya ialah terdapat program berkaitan penjagaan alam sekitar dilakukan. Yang keenam ialah sisa-sisa makanan boleh dijadikan baja kompos. Mendermakan pakaian yang tidak digunakan lagi kepada orang yang memerlukan juga satu usahanya.

      Kepentingan mewujudkan alam sekitar yang bersih ialah mengurangkan pencemaran udara, air, dan tanah. Selain itu, dapat mengurangkan pembaziran berlaku malah mengurangkan risiko kematian.

      Kesimpulannya,usaha-usaha yang dilakukan di Malaysia telah menghasilkan kesan yang positif.

Isnin, 1 Ogos 2016

Latihan Bahasa Melayu 8/2

a) i. Muzium yang baru sahaja dibuka itu telah dilengkapkan dengan barangan tradisional mahupun yang moden disusun begitu kemas dan rapi.

ii. Penduduk kampung sedang mengemaskan dewan kampung tersebut bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang pada bulan ini.

iii. Kekemasan Pusat PERMATApintar Negara itu mendapat sanjungan yang tinggi oleh Perdana Menteri Malaysia.

iv. Harga barang - barang di pasar raya kini semakin meningkat disebabkan hal - hal yang tidak dapat dielakkan.

v. Saya amat menghargai jasa baik ibu bapa, guru, kawan - kawan yang sentiasa membimbing dan membantu saya.

vi. Ucapan penghargaan ini saya tujukan kepada guru - guru yang sentiasa memahami saya dan rakan - rakan yang setia bersama saya.

b) i. Beberapa buah buku masakan tradisional antara tahun 2000 hingga 2006 telah saya hasilkan.

ii. Sayur - sayuran di belakang rumah mestilah kamu siramkan setiap petang.

iii. Latihan intensif selama tiga bulan dijalani oleh Pelatih Program Latihan Khidmat Negara.

c) i. Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendukung usaha pemasyarakatan bahasa Melayu.

ii. Setiap pusat pelupusan sampah hendaklah sentiasa dipantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduduk di sekitarnya.

iii. Pengurusan syarikat itu menyasarkan peningkatan jualan produknya sebanyak tujuh puluh peratus dalam jangka masa setahun.

d) i. Susun atur perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian daripada pekerja syarikat tersebut.

ii. Keseluruhan penduduk kampong itu akan bergotong-royong apabila tiba musim menuai padi.

iii. Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat sesetengah pihak yang membuat spekulasi tentang rombakan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri.

Selasa, 19 Julai 2016

Latihan : https://pppnukm.files.wordpress.com/2016/01/latihan.pdf

1. Retorik Penghujahan
    - pemujukan yang jelas, logik, waras beserta alasan yang kukuh dan dapat diterima.

2. Retorik Penceritaan
    - memberi penekanan kepada peristiwa yang berlaku

3. Retorik Pemerian
    - menghuraikan secara fakta dan mencetuskan imaginasi pendengar.

4. Retorik Pemujukan
    - pemujukan secara meluahkan perasaannya dan berharap dapat mengubah kepercayaan pendengar.

5. Retorik Pendedahan
    - menjelaskan sesuatu objek dengan jelas.

6.  Retorik Pemerian
     - menghuraikan secara fakta yang mencetuskan imaginasi pendengar.

7. Retorik Penceritaan
    - memberi penekanan kepada peristiwa yang berlaku.

8. Retorik Pemerian
    - menghuraikan secara fakta yang mencetuskan imaginasi pendengar.

9. Retorik Pendedahan
    - menjelaskan sesuatu objek dengan jelas.

10. Retorik Pemerian
      - menghuraikan secara fakta yang mencetuskan imaginasi pendengar.

11. Retorik Pendedahan
      - menjelaskan sesuatu perkara dengan jelas.

12. Retorik Penghujahan
      - pemujukan yang jelas, logik dan waras beserta alasan yang kukuh dan dapat diterima.

13. Retorik Penghujahan
      - pemujukan yang jelas, logik dan waras beserta alasan yang kukuh dan dapat diterima.

Rabu, 4 Mei 2016

Rabu 4 Mei 2016

Pada pagi ini, saya bangun dan solat seperti biasa. Sarapan dan bersiap - siap. Kemudian ke dewan serbaguna untuk hadir dalam perhimpunan pagi. Saya ke kelas seperti biasa. Pada waktu petang iaitu 2.30, terdapat taklimat peperiksaan oleh cikgu di dewan serbaguna. Peperiksaan akan mula pada hari Isnin minggu hadapan. Tidak sabar rasanya walaupun agak gentar untuk menghadapinya. Kemudian, selepas tamat, saya ke makmal komputer dan membuat apa yang patut saya buat. Pada waktu malam seperti biasa solat, prep dan solat. Ketika di bilik malam itu, saya cuba untuk tidur lewat. Namun, saya tertidur awal. Tetapi tidak mengapa kerana Allah tidak mahu saya membuang masa ketika itu.. Alhamdulillah..