Selasa, 9 Ogos 2016

https://pppnukm.files.wordpress.com/2013/01/b2-bm2-set-2.pdf

3. (a) i. Kenderaan tidak dibenarkan melalui jalan raya yang sedang dibaiki itu.
i. Majlis sambutan hari guru dijalankan secara besar-besaran dan amat meriah.

ii. Polis sedang menjejaki banduan yang terlepas dari penjara.
ii. Selepas solat maghrib, tedapat kuliah daripada penceramah yang hebat.

iii. Kakak saya ditawarkan ke universiti di negara Amerika Syarikat.
iii. Makanan di gerai tersebut tidak memuaskan dan tawar rasanya.

(b) i. Mandi di sungai budak - budak itu.

ii. Sedang sakit tenat adik Nurina di hospital.

iii. Sungguh cantik cincin yang bertatahkan berlian itu.

iv. Berkejar - kejaran kanak - kanak itu di taman permainan.

v. Pada awal pagi sungguh dingin keadaan suhu di atas Bukit Melawati.

vi. Tidak berpenghuni sejak sepuluh tahun yang lalu rumah besar di atas bukit itu.

(c) i. Pekerja di kilang tersebut sedang memproses isi buah nanas yang akan direbus dengan air gula.

ii. Cikgu Zulaikha meminta kebenaran pengetua untuk membawa anaknya ke klinik untuk mendapatkan rawatan pada pagi itu.

iii. Peminat - peminat Siti Norhaliza yang ingin menyaksikan pertunjukkannya berasa kecewa apabila diberitahu bahawa pertunjukannya itu terpaksa ditangguhkan atas sebab - sebab keselamatan.

(d) i. Dato' Shamsuddin mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Tawakal untuk mengubati penyakit kanser hati yang dihadapinya.

ii. Kedua - dua adik - beradik kembar yang telah menyelesaikan pembedahan jantung itu berada dalam keadaan yang stabil dan selamat.

iii. "Kertas cadangan ini perlu dihalusi dengan telitinya sebelum kami ajukan permohonan tuan kepada ahli lembaga pengarah," kata Murad kepada Rohani.

Isnin, 8 Ogos 2016

3. (a) i. Pada malam yang dingin ini, kampung saya amat sunyi dan kelihatan ramai orang yang sudah lena tertidur.

i.  Sambutan Hari Kanak - Kanak Sedunia yang dingin tidak dapat menghiburkan sekolah ini.

ii. Saya hanya berdiam diri sahaja apabila tidak sempat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh cikgu.

ii. Dalam diam, penjenayah tersebut melarikan diri dari balai polis untuk menyelamatkan dirinya.

iii. Selipar yang sudah digunakan 5 tahun itu telah haus dan perlu dibawa ke kedai untuk baiki.

iii. Selepas acara merentas desa dijalankan, semua peserta berasa haus dan dahaga.

(b) i. Kumpulan penari Warisan Negeri Johor itu menari tarian zapin dengan lemah gemalai mengikut alunan rentak dan iramanya.

ii. Pengadil perlawanan bola sepak itu memberikan kad kuning kepada seorang pemain kerana mengasari lawan.

iii. Syakirah membeli dua kilogram langsat di sebuah gerai dalam perjalanannya pulang ke Muar.

(c) i. Shazwan menghadiahi ibunya seutas jam tangan kerana meraikan ibunya yang baru sahaja dinaikkan pangkat.

ii. Proses pengetinan nanas yang dijalankan di kilang itu menggunakan teknologi tinggi dari negara Jepun.

iii. Kakak selalu menggunakan losen pelembab muka sebelum dia tidur.

(d) i. Murid - murid di sekolah itu saling membantu menjayakan projek Taman Herba di kawasan lapang di belakang kantin sekolah.

ii. Senarai peserta yang akan menyertai ekspedisi itu telah diserahkan kepada pengetua untuk diluluskan.

Selasa, 2 Ogos 2016

Rumusun

      Petikan membincangkan tentang usaha-usaha membendung pencemaran alam sekitar di Malaysia.

      Antara usaha-usaha yang dilakukan ialah mempromosikan usaha memelihara alam sekitar menerusi media. Selain itu, menggunakan sumber alam secara berhemat. Seterusnya, membuang sampah di tempat yang disediakan juga salah satu usaha. Di samping itu, membawa bahan kitar semula ke pusat kitar semula. Usaha yang lainnya ialah terdapat program berkaitan penjagaan alam sekitar dilakukan. Yang keenam ialah sisa-sisa makanan boleh dijadikan baja kompos. Mendermakan pakaian yang tidak digunakan lagi kepada orang yang memerlukan juga satu usahanya.

      Kepentingan mewujudkan alam sekitar yang bersih ialah mengurangkan pencemaran udara, air, dan tanah. Selain itu, dapat mengurangkan pembaziran berlaku malah mengurangkan risiko kematian.

      Kesimpulannya,usaha-usaha yang dilakukan di Malaysia telah menghasilkan kesan yang positif.

Isnin, 1 Ogos 2016

Latihan Bahasa Melayu 8/2

a) i. Muzium yang baru sahaja dibuka itu telah dilengkapkan dengan barangan tradisional mahupun yang moden disusun begitu kemas dan rapi.

ii. Penduduk kampung sedang mengemaskan dewan kampung tersebut bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang pada bulan ini.

iii. Kekemasan Pusat PERMATApintar Negara itu mendapat sanjungan yang tinggi oleh Perdana Menteri Malaysia.

iv. Harga barang - barang di pasar raya kini semakin meningkat disebabkan hal - hal yang tidak dapat dielakkan.

v. Saya amat menghargai jasa baik ibu bapa, guru, kawan - kawan yang sentiasa membimbing dan membantu saya.

vi. Ucapan penghargaan ini saya tujukan kepada guru - guru yang sentiasa memahami saya dan rakan - rakan yang setia bersama saya.

b) i. Beberapa buah buku masakan tradisional antara tahun 2000 hingga 2006 telah saya hasilkan.

ii. Sayur - sayuran di belakang rumah mestilah kamu siramkan setiap petang.

iii. Latihan intensif selama tiga bulan dijalani oleh Pelatih Program Latihan Khidmat Negara.

c) i. Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendukung usaha pemasyarakatan bahasa Melayu.

ii. Setiap pusat pelupusan sampah hendaklah sentiasa dipantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduduk di sekitarnya.

iii. Pengurusan syarikat itu menyasarkan peningkatan jualan produknya sebanyak tujuh puluh peratus dalam jangka masa setahun.

d) i. Susun atur perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian daripada pekerja syarikat tersebut.

ii. Keseluruhan penduduk kampong itu akan bergotong-royong apabila tiba musim menuai padi.

iii. Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat sesetengah pihak yang membuat spekulasi tentang rombakan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri.