Rabu, 30 Mac 2016

Rabu 30 Mac 2016

Pada pagi tadi, seperti biasa saya bersolat subuh di dewan serbaguna. Kemudian, saya balik ke bilik lalu menggosok baju kemeja untuk dipakai. Selepas itu, mandi dan bersiap-siap untuk ke perhimpunan. Seperti semalam, saya hanya bersarapankan biskut kerana sudah tidak sempat untuk sarapan di dewan makan. Selepas perhimpunan, kelas seperti biasa dijalankan. Kelas Matematik belajar tentang statistik. Kelas Muzik kami bermain kompang. Kelas Fizik belajar tentang 'wave' dan kelas Biologi tiada kerana cikgu pergi ke mesyuarat. Beliau hanya mengedarkan kerja kepada kami. Semasa rehat, kami dihidangkan 'chicken chop' yang sedap. Kemudian solat zuhur. Selepas itu, saya tidur kerana tiada kelas dan kelab dijalankan. Saya bangun pada 4.45 petang untuk solat asar. Pada pukul 6, saya mandi dan makan malam di dewan makan. Mulai malam ini juga, sistem baru telah diperkenalkan pada kami iaitu selepas solat maghrib, terus ke kelas prep. Selepas prep, barulah solat isyak di surau. Jadi, sekarang saya berada di kelas prep.
Terima kasih..♡♡

Selasa, 29 Mac 2016

Selasa 29 Mac 2016

Menjelang subuh yang gelap lagikan sejuk seperti berada di antartika, saya telah dikejutkan oleh dentuman ketukan pintu oleh ustaz yang mulia dan berhati suci seperti sungai-sungai di syurga kelihatan ikan emas yang berenang kegembiraan dan diatasnya terdapat bidadari yang cantik melebihi kecantikan bunga mawar sedang berterbangan di udara yang segar bugar. Lalu, saya membangkitkan diri untuk pergi ke dewan serbaguna yang besar bagaikan seekor dinasour untuk menunaikan solat subuh yang telah diarahkan oleh Allah yang maha esa menguasai alam ini. Setelah bacaan Mathurat yang sungguh merdu, saya balik semula ke bilik dengan niat hendak mandi sesudah tiba di bilik. Namun, syaitan yang jahat lagikan durjana telah menghasut saya untuk menyambung tidur di atas katil yang lembut bagaikan berbaring di atas bebunga dandelion yang putih gebu. Tepat jam 7.02 pagi, saya terjaga dan serta-merta mengambil tuala saya dan barangan mandi. Bergegas ke bilik mandi dan mandi dengan ketenangan seperti di taman-taman syurga. Setelah bersiap-siap, saya terus ke dewan serbaguna bagi menghadiri sesi perhimpunan. Saya hanya bersarapan biskut yang enak dibekalkan oleh keluarga tersayang pada cuti sekolah yang lalu. Setelah tamatnya sesi perhimpunan, saya memulakan pembelajaran seperti biasa dan terdapat eksperimen dijalankan semasa kelas kimia. Pada waktu petang, saya hanya mengenal tidur. Dan malam pula kuliah dan prep seperti biasa.
Terima kasih.. ♡

Isnin, 28 Mac 2016

Isnin 28 Mac 2016

Hari ini adalah hari pertama menulis jurnal bagi sesi 2016. Jadi pada pagi Isnin, seperti biasa pembelajaran dan kami telah mendapat guru matematik baru iaitu cikgu Elena. Beliau menggantikan cikgu Amirah yang sedang melanjutkan pelajarannya. Pada petang tersebut, saya tiada kelas dan hanya membuat tugasan kimia di perpustakaan. Alhamdulillah, sudah hampir siap. Sekarang, saya berada di hadapan kelas prep. Tidak masuk ke dalam kerana ada perjumpaan di dalam kelas tersebut.
Terima kasih...

Khamis, 24 Mac 2016

Ejaan

1.       Surat khabar
2.       Tengah hari
3.       Campur tangan
4.       Kemas kini
5.       Temu bual
6.       Pasar raya
7.       Kraf tangan
8.       Kubis
9.       Lembap
10.   Mergastua
11.   Martabak
12.   Pendeta
13.   Tauge
14.   Teladan
15.   Komisen
16.   Pensel
17.   Pelan
18.   Profi
19.   Rebat
20.   Spageti
21.   Spesis
22.   Agregat
23.   Atlet
24.   Baucar
25.   Dedikasi
26.   E-mel
27.   Faksibile

28.   Komersial