Menjelang subuh yang gelap lagikan sejuk seperti berada di antartika, saya telah dikejutkan oleh dentuman ketukan pintu oleh ustaz yang mulia dan berhati suci seperti sungai-sungai di syurga kelihatan ikan emas yang berenang kegembiraan dan diatasnya terdapat bidadari yang cantik melebihi kecantikan bunga mawar sedang berterbangan di udara yang segar bugar. Lalu, saya membangkitkan diri untuk pergi ke dewan serbaguna yang besar bagaikan seekor dinasour untuk menunaikan solat subuh yang telah diarahkan oleh Allah yang maha esa menguasai alam ini. Setelah bacaan Mathurat yang sungguh merdu, saya balik semula ke bilik dengan niat hendak mandi sesudah tiba di bilik. Namun, syaitan yang jahat lagikan durjana telah menghasut saya untuk menyambung tidur di atas katil yang lembut bagaikan berbaring di atas bebunga dandelion yang putih gebu. Tepat jam 7.02 pagi, saya terjaga dan serta-merta mengambil tuala saya dan barangan mandi. Bergegas ke bilik mandi dan mandi dengan ketenangan seperti di taman-taman syurga. Setelah bersiap-siap, saya terus ke dewan serbaguna bagi menghadiri sesi perhimpunan. Saya hanya bersarapan biskut yang enak dibekalkan oleh keluarga tersayang pada cuti sekolah yang lalu. Setelah tamatnya sesi perhimpunan, saya memulakan pembelajaran seperti biasa dan terdapat eksperimen dijalankan semasa kelas kimia. Pada waktu petang, saya hanya mengenal tidur. Dan malam pula kuliah dan prep seperti biasa.
Terima kasih.. ♡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan