Rabu, 4 Mei 2016
Rabu 4 Mei 2016
Pada pagi ini, saya bangun dan solat seperti biasa. Sarapan dan bersiap - siap. Kemudian ke dewan serbaguna untuk hadir dalam perhimpunan pagi. Saya ke kelas seperti biasa. Pada waktu petang iaitu 2.30, terdapat taklimat peperiksaan oleh cikgu di dewan serbaguna. Peperiksaan akan mula pada hari Isnin minggu hadapan. Tidak sabar rasanya walaupun agak gentar untuk menghadapinya. Kemudian, selepas tamat, saya ke makmal komputer dan membuat apa yang patut saya buat. Pada waktu malam seperti biasa solat, prep dan solat. Ketika di bilik malam itu, saya cuba untuk tidur lewat. Namun, saya tertidur awal. Tetapi tidak mengapa kerana Allah tidak mahu saya membuang masa ketika itu.. Alhamdulillah..
Selasa 3 Mei 2016
Semalam cuti, jadi saya bangun dengan tidak bersemangat kerana ingin cuti lebih. Namun, terpaksa pergi, jadi saya pon pergi sekolah seperti biasa. Pembelajaran seperti biasa. Namun yang menambahkan kebosanan saya adalah semasa kelas Pendidikan Jasmani. Cikgu tiada ketika itu, jadi saya pon tidak main apa - apa. Petang kelas seperti biasa. Balik dari kelas, saya pusing - pusing di kawan Permatapintar. Kemudian makan pada pukul 6. 20pm. Malam juga seperti biasa, solat dan prep kemudian solat lagi dan tidur. Bye, terima kasih kerana membaca walaupun agak bosan. Memang bosan pun.. Bye!
Isnin 2 Mei 2016
Semalam ini hari buruh. Sebab itulah ramai yang balik ke rumah pada Jumaat lepas kerana cuti. Saya sedang bercuti sekarang. Jadi, saya pergi dulu. Bye!!
Jumaat 22 April 2016
Padi pagi ini, saya bangun dan bersiap seperti biasa. Walaupun masih penat tetapi saya tetap percaya bahawa hari ini akan ada yang baiknya. Namun, semasa kelas bahasa inggeris, kami ditegur olah cikgu kerana kami tidak dapat menumpukan perhatian, dan sentiasa kelihatan tiada semangat langsung. Selepas solat Jumaat, seperti biasa tidur sahaja yang dapat saya buat. Pada waktu malam juga seperti biasa. Saya bosan pada waktu malam kerana ramai yang balik ke rumah masing - masing. Jadi, akibat penat campur bosan, jadi jawapannya tidur awal. Saya tidur pukul 9.15pm. Esok saya akan keluar ke Serdang untuk berjalan - jalan.. Yeay!!!
Khamis 21 April 2016
Saya masih letih dan penat campur lesu kerana hari sukan 2 hari lepas. Memang amat memenatkan walaupun.. dan lagi satu lupa beritahu di juranal sebelum ini. rumah yang menang ketika Topaz.. Tahniah!!! 2 pula Emerald.. Tahniah juga buat mereka.. Dan tempat akhir adalah Sapphire.. jadi cubalah pada masa akan datang. Jadi, kesimpulannya, Ruby dapat nombor 3. Walaupun tidak dapat kemenangan tetapi kami menyambut nombor 3 itu seperti pemenang nombor 1. Kami bukan kalah tetapi kami belum menang.. yeayyy!! Asalkan hiasan khemah dan perbarisan kami nombor 1, dah cukup bagi kami. Tidak sia - sia kami tidur lewat sampai 4 pagi. Jadi pada hari ini, pembelajaran seperti biasa. Petang juga biasa dan malam juga biasa. Terima kasih.. :)))
Selasa 19 April 2016
Yeayyyyyy!!!!!!!!!!!! Telah tiba hari yang dinantikan. Hari sukan! Memang terbaik. Pada awal pagi itu iaitu pukul 7.30 am, saya ke padang. Saya memakai baju Ruby baru tahun ini. Saya bangga memakai baju tersebut. Ia amat cantik. Kami memulakan hari tersebut dengan pemanasan badan di tengah - tengah padang. Ia memang sangat seronok. Semangat terlahir dalam diri semua pelajar dan guru - guru. Kemudian, saya dan beberapa ahli Ruby sambung menghias khemah kami. Bermacam - macam barang yang digunakan untuk hiasan khemah kami. Sementara itu, kami juga melihat dan menyokong acara - acara yang dijalankan. WOW!! memang pantas bagaikan harimau bintang di situ. Pelbagai aktiviti diadakan. Di situ juga terdapat jualan - jualan oleh orang dari luar. Memang sedap makanan dan minuman yang mereka jual. Cuma satu gerai tu macam tak laku sikit kerana sedikit orang sahaja yang membelinya. Pada waktu petang juga disambungkan dengan acara yang masih belum habis. Dan saya juga ketika itu menghias khemah dengan ahli Ruby lain. Saya tidak mandi petang itu kerana saya tidak balik bilik. Makan malam pula saya beli di gerai itu sahaja. Saya sibuk menolong hias khemah. Tanpa sedar saya lihat jam sudah 7 lebih. Kemudian, acara pusingan akhir dijalankan. Permata Insan juga mengambil bahagian di hari sukan itu. Jadi kami pon berlumba. Namun, kami dikejutkan kerana Permata Insan menang banyak acara. Ada juga sukaneka pada malam itu. Dan ditutup hari sukan 2016 dengan bunga api yang dipancarkan ke langit. Memang cantik.. Balik pada pukul 12 lebih dan tertidur terus kerana letih dan esoknya pula cuti.
Isnin 18 April 2016
Oleh di sebabkan semalam waktu Ahad dan cuti, jadi saya tiada semangat keran ingin cuti lebih. Jadi, saya bangun dengan keadaan layu. Selepas solat subuh, saya bersiap - siap dan bersarapan di dewn makan. Namun, yang membuat saya tidak sabar - sabar adalah hari esok. Hari esok, kami akan diadakan hari sukan... Yeayyyy!!.. Jadi selepas pembelajaran, pada waktu petang itu saya tiada kelas. Saya pon turut terlibat dengan penghiasan khemah. Saya rumah Ruby sejak tahun lepas. Oleh itu saya akan membuat yang terbaik dan mengharapkan kami akan menang esok. Pada waktu malam juga selepas solat isyak, saya ke dewan serbaguna untuk membantu sekali. Saya juga melihat orang yang terlibat dengan perbarisan sedang berlatih dengan bersungguh - sungguh. Saya ingin masuk sekali tetapi nama saya tiada dalam senarai. Jadi sokongan sahaja yang dapat saya berikan kepada mereka. Saya pulang ke bilik pukul 1 setengah. Oleh kerana letih, saya pulang awal. Sebenarnya, ramai lagi tak balik kerana sibuk. Selepas tiba di bilik, saya terus terlentang di atas katil dan tidur nyenyak.
Jumaat 15 April 2016
Pada hari Jumaat ini, saya bangun seperti biasa dan solat subuh di surau. Kemudian, selesai sahaja solat, saya ke dewan makan lalu makan di situ. Selepas kekenyangan, saya pulang ke bilik untuk bersiap - siap bagi menghadapi pembelajaran. Selepas bersiap - siap, saya terus ke dewan serbaguna untuk perhimpunan. Selepas perhimpunan, pembelajaran dijalankan seperti biasa. Mula - mula bahasa Inggeris, kemudian sejarah dan bahasa melayu. Selepas itu, saya ke dewan serbaguna untuk sesi spiritual circle. Namun, kami hanya bermain - main di situ. Usrah saya pula telah berpecah - pecah. Ada yang ke situ dan ke sini. Jadi saya pon pergi ke belakang pentas lalu bermain congkak dan sebagainya. Selepas itu, saya makan awal di dewan makan. Kemudian menunggu bas tiba untuk ke masjid UKM. Setelah tiba, saya mengambil wuduk dan masuk ke dalam masjid. Khutbah pon dimulakan dan saya mendengar sambil tersengguk - sengguk kerana mengantuk. Selepas itu, saya pon solat Jumaat. Kemudian balik ke kolej. Kemudian saya tidur kerana ramai yang pulang. Saya bangun pada waktu petang dan pergi makan. Kemudian pada waktu malam, solat dan sebagainya seperti hari - hari biasa. Dan akhir sekali saya tidur pada pukul 12 lebih. :))))
Langgan:
Catatan (Atom)