Rabu, 4 Mei 2016
Jumaat 15 April 2016
Pada hari Jumaat ini, saya bangun seperti biasa dan solat subuh di surau. Kemudian, selesai sahaja solat, saya ke dewan makan lalu makan di situ. Selepas kekenyangan, saya pulang ke bilik untuk bersiap - siap bagi menghadapi pembelajaran. Selepas bersiap - siap, saya terus ke dewan serbaguna untuk perhimpunan. Selepas perhimpunan, pembelajaran dijalankan seperti biasa. Mula - mula bahasa Inggeris, kemudian sejarah dan bahasa melayu. Selepas itu, saya ke dewan serbaguna untuk sesi spiritual circle. Namun, kami hanya bermain - main di situ. Usrah saya pula telah berpecah - pecah. Ada yang ke situ dan ke sini. Jadi saya pon pergi ke belakang pentas lalu bermain congkak dan sebagainya. Selepas itu, saya makan awal di dewan makan. Kemudian menunggu bas tiba untuk ke masjid UKM. Setelah tiba, saya mengambil wuduk dan masuk ke dalam masjid. Khutbah pon dimulakan dan saya mendengar sambil tersengguk - sengguk kerana mengantuk. Selepas itu, saya pon solat Jumaat. Kemudian balik ke kolej. Kemudian saya tidur kerana ramai yang pulang. Saya bangun pada waktu petang dan pergi makan. Kemudian pada waktu malam, solat dan sebagainya seperti hari - hari biasa. Dan akhir sekali saya tidur pada pukul 12 lebih. :))))
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan