Rabu, 4 Mei 2016

Isnin 18 April 2016

Oleh di sebabkan semalam waktu Ahad dan cuti, jadi saya tiada semangat keran ingin cuti lebih. Jadi, saya bangun dengan keadaan layu. Selepas solat subuh, saya bersiap - siap dan bersarapan di dewn makan. Namun, yang membuat saya tidak sabar - sabar adalah hari esok. Hari esok, kami akan diadakan hari sukan... Yeayyyy!!.. Jadi selepas pembelajaran, pada waktu petang itu saya tiada kelas. Saya pon turut terlibat dengan penghiasan khemah. Saya rumah Ruby sejak tahun lepas. Oleh itu saya akan membuat yang terbaik dan mengharapkan kami akan menang esok. Pada waktu malam juga selepas solat isyak, saya ke dewan serbaguna untuk membantu sekali. Saya juga melihat orang yang terlibat dengan perbarisan sedang berlatih dengan bersungguh - sungguh. Saya ingin masuk sekali tetapi nama saya tiada dalam senarai. Jadi sokongan sahaja yang dapat saya berikan kepada mereka. Saya pulang ke bilik pukul 1 setengah. Oleh kerana letih, saya pulang awal. Sebenarnya, ramai lagi tak balik kerana sibuk. Selepas tiba di bilik, saya terus terlentang di atas katil dan tidur nyenyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan