Khamis, 28 Januari 2016

Berita

Minggu Re – Orientasi Pelajar Lama
        Bangi, 5 Januari – Re – orientasi bagi pelajar lama Pusat PERMATApintar UKM telah diadakan. Pada pukul 8 pagi tepat, semua murid Asas2, Asas 3 dan Tahap 2 berkumpul di dalam Auditorium PERMATApintar. Pengarah Pusat PERMATApintar dan pembantunya telah menyampaikan sedikit sebanyak ucapan untuk mengenangkan  peristiwa yang telah dialami selama 2 dan 3 tahun di situ. Dijalankan selama 1 hari bertujuan dengan harapan semoga pelajar dapat memberikan kerjasama dengan baik. Diikuti dengan taklimat berkaitan akademik dan menyampaikan sedikit sebanyak apa yang telah dihuraikan tahun – tahun sebelum ini.

            Disambungkan pada waktu petang dengan sesi kaunselor dan hal – ehwal pelajar. Kauselor – kaunselor yang telah banyak membantu dan ada yang baru sahaja beberapa hari bekerja turut memberikan tunjuk ajar di pentas.

            Pada waktu malam, pelajar dikehendaki berada di dewan serbaguna sebaik sahaja menunaikan solat Isyak. Warden dan felo – felo berkumpul untuk sesi taklimat berkaitan dengan kolej kediaman pelajar – pelajar. 

Selasa, 26 Januari 2016

RUMUSAN

            Petikan menunjukkan tentang ciri – ciri remaja yang berkualiti demi negara mereka.

            Antara ciri – ciri remaja yang berkualiti demi negaranya adalah membina kecemerlangan diri dari segi peribadi dan holistik. Selain itu, berpegang teguh pada agama juga penting. Seterusnya adalah dengan cara mewujudkan kesejahteraan sosial. Di samping itu, remaja perlu prihatin terhadap isu semasa. Yang kelima adalah dengan cara mengambil berat terhadap negara. Yang keenam pula, menjauhkan diri daripada gejala sosial yang buruk. Akhir sekali, melengkapkan diri dalam pelbagai kemahiran.
            Kesan – kesan kepada negara jika remaja bersikap sedemikian, sudah pasti negara sentiasa teratur, masa hadapan juga akan dipimpin dengan baik dan rakyat akan saling mewujudkan perpaduan yang amat sempurna.


            Kesimpulannya, bagi memastikan negara sentiasa dalam keadaan baik, remaja perlulah bersikap setia kepada negara.

Isnin, 25 Januari 2016

Pencemaran Alam Sekitar

       Pencemaran alam sekitar kini berleluasan di merata tempat. Ia menyebabkan bumi kita sentiasa tercemar. Manusia kini sudah lupa bahawa Bumi ini adalah tempat yang kita tinggal dan seharusnya kita perlu menjaga Bumi kita dangan sebaik- baiknya.
  
       Dunia semakin berteknologi, sehingga keadaan bumi ini dilupakan oleh masyarakat. Pencemaran udara yang disebabkan oleh kilang-kilang, asap kenderaan, pembakaran terbuka dan sebagainya. Ia menyebabkan jerebu di seluruh tempat. Sepatutnya, kita tidak boleh membakar sampah- sarap kerana ia menyebabkan udara tercemar. Kita boleh menanam sampah tersebut ke dalam tanah. Apabila udara tercemar, Ramai manusia akan menghadapi selsema dan sebagainya.

       Selain udara tercemar, air di bumi juga tercemar. Ia berpunca dari pembuangan sampah dan toksik ke dalam sungai, tumpahan minyak ke dalam sungai dan sebagainya. Kehidupan laut boleh pupus jika ini berterusan hingga ke masa hadapan. Air adalah minuman kita, dan apabila kita minum air tercemar, ia Akan menyebabkan manusia sakit perut dan sebagainya.

       Selain itu, pembalakan hutan juga berleluasa dan menyebabkan pemanasan global. Suhu di bumi akan meningkat. 

       Jika semua ini berterusan, maka kepupusan haiwan juga semakin meningkat. Hujan asid juga boleh berlaku apabila udara tercemar. Hujan ini akan menyebabkan kematian tumbuh- tumbuhan, air juga tercemar. Tanah akan meresap air hujan tersebut dan menyebabkan tanah tidak subur.

BAHASA MELAYU TINGGI

Terdapat 3 peringkat perkembangan bahasa Melayu iaitu permulaan, pembinaan dan pemantapan. Bahasa Melayu tinggi adalah salah satu tahap dalam pemantapan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu tinggi tidak wujud dalam istilah linguistik. Ia hanya digunakan dalam majlis atau acara rasmi dan penulisan surat. Bahasa Melayu tinggi berkait rapat dengan bahasa baku kerana kita menggunakan bahasa baku dalam mengucapkan bahasa Melayu tinggi. Ia berbeza dengan bahasa rendah. Bahasa Melayu tinggi tercipta melalui konsep budaya yang tinggi. Dalam kehidupan seharian, bahasa Melayu tinggi tidak digunakan dalam pertuturan mahupun percakapan.