Khamis, 14 April 2016

Khamis 14 April 2016

Pada pagi itu seperti biasa aktiviti harian yang mesti dilakukan oleh setiap pelajar. Pembelajaran juga seperti biasa. Makan tengah hari dan solat Zuhur. Kemudian, saya je kelas Sejarah pada waktu petang. Selepas itu, kelas Bahasa Melayu tetapi cikgu tidak dapat menghadirkan diri. Selepas itu, kami dikehendaki pergi ke bilik guru kelas kami. Kami dikehendaki mengemas kini data dan maklumat peribadi kami. Setelah itu, saya pulang dan memerhati perlawanan bola jaring dari bilik saya. Sebentar tadi sebelum solat Isyak, saya ke dewan makan untuk makan malam. Sekarang saya berada di bilik gerakan pelajar iaitu kelas prep untuk Asas 3. ♡♡♡ terima kasih♡♡♡

Rabu 13 April 2016

Saya telah bangun awal pada  pukul 4 pagi. Ini disebabkan kerana saya tidur terlalu awal semalam. Seperti biasa perkelakuan seharian pada awal pagi. Selepas pembelajaran, makan dan solat, saya nendapat tahu bahawa cikgu Fizik mangatakan bahawa kelas ganti Fizik dibatalkan pada petang itu. Jadi, saya pergi ke makmal komputer dan melakukan apa yang saya suka. Sama juga seperti hari Isnin, saya balik ke bilik setelah azan Asar dilaungkan. Selepas itu, saya bejalan di sekitar asrama. Kemudian, makan malam di dewan makan. Sesi malam seperti hari biasa juga. Selepas Isyak, pelajar lelaki perlu berkumpul di tengah asrama. Felo ketika itu sedang membuat penyemakan bilik bagi memastikan bilik bersih. Pada jam 12, barulah kami boleh pulang ke bilik masing - masing. Akinat terlalu penat, saya balik dan terus tertidur tanpa saya sedari.

Selasa 12 April 2016

Setelah tidur awal semalam, saya berjaya bangkit awal pada hari ini. Seperti biasa, solat, bersiap-siap, sarapan, perhimpunan harian. Pembelajaran juga seperti biasa. Selepas makan tengah hari dan solat zuhur, saya balik ke bilik. Oleh sebab Fizik dan Seni Visual cikgu tidak dapat hadir, saya pun menetap di bilik dan tertidur jua akhirnya. Kemudian, saya bangun semasa azan Asar dilaungkan. Saya pun terus bangun dan menunaikan solat. Pada petang itu, saya mandi terlebih dahulu dan barulah makan. Selepas makan, saya terus ke surau walaupun belum azan. Selepas solat Maghrib, saya ke prep dan menyiapkan kerja yang belum disiapkan semalam. Selepas prep dan Isyak, saya ke bilik dan tidur awal lagi. Ini hanya tertidur awal bukan sengaja.

Isnin 11 April 2016

Setiap pagi, saya bangun subuh dan mandi bersiap - siap. Kemudian, sarapan dan perhimpunan. Pembelajaran seperti biasa dijalankan. Kami semua belajar dengan penuh semangat. Ini semua demi kebaikan kami pada masa akan datang. Pada sesi pergi, kelas bahasa antarabangsa namun kebiasaannya kelas dijalankan pada waktu malam. Namun juga, kelas Jerman tidak ada pada waktu malam. Jadi, petang itu, saya dan seorang kawan saya pergi ke makmal komputer kerana bosan. Pada waktu Asar, saya pulang ke bilik. Selepas solat, saya tidur. Ini adalah salah satu perkara yang buruk dan dilarang iaitu tidur selepas Asar. Tepat jam 6 petang, saya makan malam dan balik bilik untuk bersiap menghadapi malam. Selepas solat Maghrib, saya ke prep dan cuba menyelesaikan semua kerja. Namun, satu kerja Kimia hanya tinggal separuh kerana masa prep telah habis. Kemudian, saya pergi surau dan menunaikan solat Isyak berjemaah. Selepas itu, saya balik ke bilik dan tidur awal.

Ahad, 10 April 2016

Jumaat 8 April 2016

Pembelajaran seperti biasa dilakukan dan solat jumaat. Selepas balik solat jumaat, saya tertidur dan terlupa bahawa ibu bapa saya akan mengambil saya. Saya tidur sehingga jam 5 setengah. Nasib baik ketika itu ibu bapa saya belum sampai kerana kesesakan lalu lintas. Saya bersiap dan kemas barang. Pada jam 6 tepat, saya ke hotel di Nilai bersama ibu bapa dan kakak saya. Selepas makan malam, kami pergi ke hotel semula. Di situ terdapat internet yang teramat laju dan saya mulakan sesi melihat cerita di laptop. pada malam itu, hidup daya lebih indah kerana ada keluarga di sisi saya. Dan saya tidur pada jam 2. 50 pagi. ♡

Khamis 7 April 2016

Saya bangun dan melakukan perkara yang biasa dilakukan setiap hari. Pembelajaran tiada kerana ramai cikgu yang pergi ke program di auditorium. Rakan sekelas saya semuanya terlibat dengan program itu. Saya pergi ke bilik sebelah tandas di dewan serbaguna. Saya tidur di situ sehingga pukul 10 lebih. Kemudian saya keluar dari situ. Oleh kerana bosan, saya mengajak seseorang bermain ping pong dan badminton. Kemudian saya pergi makan tengah hari bersamanya. Pada waktu petang juga tiada kelas, dan saya hanya tidur di bilik. Pada waktu malam iaitu selepas maghrib, mulalah prep di bilik gerakan pelajar. Kami diawasi oleh felo supaya tidak berlaku perkara yang tidak sepatutnya. Selepas isyak, saya balik ke bilik dan tidur.

Rabu 6 April 2016

Saya bangun ketika azan subuh dilaungkan lalu pergi ke surau untuk solat subuh. Seperti biasa juga saya bersarapan lalu ke dewan serbaguna untuk menghadirkan diri ke perhimpunan. Selepas itu, saya pergi ke kelas Matematik dan lain-lain kelas. Pada waktu petang ialah prep. Saya duduk di bilik sahaja dan tidur. Oleh kerana kelab catur tiada, saya menyambung tidur sehingga tiba masa makan malam. Selepas makan, saya bersiap untuk ke solat maghrib. Selepas prep, diakan perjumpaan murid dan felo. Namun, prof. juga datang ketika itu. Dia membincangkan masalah ketika prep. Lalu, dikatakan bahawa Asas 3 akan prep di bilik gerakan pelajar mulai esoknya. Kemudian balik dan tidur.

Selasa 5 April 2016

Sama juga seperti jurnal yang lalu, saya bangun awal kerana semalam saya tidur awal. Dalam sekitar jam 4 pagi, saya bangun lalu membuka laptop sehingga subuh. Dan solat subuh. Seperti biasa selepas sarapan pagi, saya ke perhimpunan dan pembelajaran. Kemudian, ramai guru yang tidak hadir kerana ada mesyuarat, saya pergi ke makmal komputer. Pada waktu petang, saya menyiapkan kerja dan akhirnya siap. Pada waktu malam terdapat prep. Selepas isyak, saya balik ke bilik dan melakukan apa yang patut. Kemudian saya tidur jam 1 lebih.

Isnin 4 April 2016

Pada hari ini, tiada sebarang peristiwa yang menarik. Seperti hari biasa, perhimpunan hari Isnin yang panjang. Pembelajaran seperti biasa dan pada belah petangnya pula tiada kelas. Makan berhidang juga telah dimansuhkan. Jadi, pada waktu petang, saya hanya tidur di bilik. Pada waktu malam solat maghrib, prep di dewan serbaguna dan kemudian solat isyak. Dan balik, saya tidur awal.

Ahad, 3 April 2016

Jumaat 1 April 2016

Pada hari Jumaat, sesi pagi hanya sama seperti biasa iaitu belajar di kelas. Selepas solat jumaat di masjid, kami semua diarahkan oleh cikgu untuk pergi ke auditorium. Ia bertujuan untuk mengadakan program yang telah dikatakan pada refleksi sebelum ini. Berbagai - bagai prototaip yang telah dihasilkan oleh Asas 1, 2 dan 3. Manakala pertunjukkan video yang telah dihasilkan oleh Tahap 1 dan 2. Saya amat teruja dengan hasil kerja mereka. Satu sahaja yang saya mahukan iaitu kejayaan dari usaha kelas saya.

Khamis 31 Mac 2016

Pada hari khamis, saya menjalani hari - hari seperti biasa waktu pagi dan petang. Pembelajaran seperti biasa sahaja dan mungkin terdapat istimewa sedikit. Namun, pada waktu malam pula, kami sekelas berkumpul di bilik atas dewan serbaguna. Ini bertujuan untuk menyiapkan satu prototaip. Terdapat dua hasil kerja kami iaitu vakum pembersih dan kereta berkuasa angin. Semua ini diperbuat dari bahan kitar semula kerana esoknya kami akan membentangkannya semasa program 'Hey, I'm Not Rubbish!'. Malang tidak berbau, salah satu dari hasil kerja kami telah gagal kerana tidak berfungsi. Ianya adalah kereta berkuasa angin itu. Sebenarnya, saya hanya melihat sahaja dan tidak membantu mereka. Hasil kerja kami membuatkan kami berasa amat teruja. Ini semua adalah berkat dari Allah.
Terima kasih kerana membaca...♡