Pada hari khamis, saya menjalani hari - hari seperti biasa waktu pagi dan petang. Pembelajaran seperti biasa sahaja dan mungkin terdapat istimewa sedikit. Namun, pada waktu malam pula, kami sekelas berkumpul di bilik atas dewan serbaguna. Ini bertujuan untuk menyiapkan satu prototaip. Terdapat dua hasil kerja kami iaitu vakum pembersih dan kereta berkuasa angin. Semua ini diperbuat dari bahan kitar semula kerana esoknya kami akan membentangkannya semasa program 'Hey, I'm Not Rubbish!'. Malang tidak berbau, salah satu dari hasil kerja kami telah gagal kerana tidak berfungsi. Ianya adalah kereta berkuasa angin itu. Sebenarnya, saya hanya melihat sahaja dan tidak membantu mereka. Hasil kerja kami membuatkan kami berasa amat teruja. Ini semua adalah berkat dari Allah.
Terima kasih kerana membaca...♡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan