Ahad, 10 April 2016
Khamis 7 April 2016
Saya bangun dan melakukan perkara yang biasa dilakukan setiap hari. Pembelajaran tiada kerana ramai cikgu yang pergi ke program di auditorium. Rakan sekelas saya semuanya terlibat dengan program itu. Saya pergi ke bilik sebelah tandas di dewan serbaguna. Saya tidur di situ sehingga pukul 10 lebih. Kemudian saya keluar dari situ. Oleh kerana bosan, saya mengajak seseorang bermain ping pong dan badminton. Kemudian saya pergi makan tengah hari bersamanya. Pada waktu petang juga tiada kelas, dan saya hanya tidur di bilik. Pada waktu malam iaitu selepas maghrib, mulalah prep di bilik gerakan pelajar. Kami diawasi oleh felo supaya tidak berlaku perkara yang tidak sepatutnya. Selepas isyak, saya balik ke bilik dan tidur.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan