Ahad, 10 April 2016
Jumaat 8 April 2016
Pembelajaran seperti biasa dilakukan dan solat jumaat. Selepas balik solat jumaat, saya tertidur dan terlupa bahawa ibu bapa saya akan mengambil saya. Saya tidur sehingga jam 5 setengah. Nasib baik ketika itu ibu bapa saya belum sampai kerana kesesakan lalu lintas. Saya bersiap dan kemas barang. Pada jam 6 tepat, saya ke hotel di Nilai bersama ibu bapa dan kakak saya. Selepas makan malam, kami pergi ke hotel semula. Di situ terdapat internet yang teramat laju dan saya mulakan sesi melihat cerita di laptop. pada malam itu, hidup daya lebih indah kerana ada keluarga di sisi saya. Dan saya tidur pada jam 2. 50 pagi. ♡
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan