Khamis, 14 April 2016

Isnin 11 April 2016

Setiap pagi, saya bangun subuh dan mandi bersiap - siap. Kemudian, sarapan dan perhimpunan. Pembelajaran seperti biasa dijalankan. Kami semua belajar dengan penuh semangat. Ini semua demi kebaikan kami pada masa akan datang. Pada sesi pergi, kelas bahasa antarabangsa namun kebiasaannya kelas dijalankan pada waktu malam. Namun juga, kelas Jerman tidak ada pada waktu malam. Jadi, petang itu, saya dan seorang kawan saya pergi ke makmal komputer kerana bosan. Pada waktu Asar, saya pulang ke bilik. Selepas solat, saya tidur. Ini adalah salah satu perkara yang buruk dan dilarang iaitu tidur selepas Asar. Tepat jam 6 petang, saya makan malam dan balik bilik untuk bersiap menghadapi malam. Selepas solat Maghrib, saya ke prep dan cuba menyelesaikan semua kerja. Namun, satu kerja Kimia hanya tinggal separuh kerana masa prep telah habis. Kemudian, saya pergi surau dan menunaikan solat Isyak berjemaah. Selepas itu, saya balik ke bilik dan tidur awal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan