Ahad, 10 April 2016

Rabu 6 April 2016

Saya bangun ketika azan subuh dilaungkan lalu pergi ke surau untuk solat subuh. Seperti biasa juga saya bersarapan lalu ke dewan serbaguna untuk menghadirkan diri ke perhimpunan. Selepas itu, saya pergi ke kelas Matematik dan lain-lain kelas. Pada waktu petang ialah prep. Saya duduk di bilik sahaja dan tidur. Oleh kerana kelab catur tiada, saya menyambung tidur sehingga tiba masa makan malam. Selepas makan, saya bersiap untuk ke solat maghrib. Selepas prep, diakan perjumpaan murid dan felo. Namun, prof. juga datang ketika itu. Dia membincangkan masalah ketika prep. Lalu, dikatakan bahawa Asas 3 akan prep di bilik gerakan pelajar mulai esoknya. Kemudian balik dan tidur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan