Khamis, 14 April 2016
Selasa 12 April 2016
Setelah tidur awal semalam, saya berjaya bangkit awal pada hari ini. Seperti biasa, solat, bersiap-siap, sarapan, perhimpunan harian. Pembelajaran juga seperti biasa. Selepas makan tengah hari dan solat zuhur, saya balik ke bilik. Oleh sebab Fizik dan Seni Visual cikgu tidak dapat hadir, saya pun menetap di bilik dan tertidur jua akhirnya. Kemudian, saya bangun semasa azan Asar dilaungkan. Saya pun terus bangun dan menunaikan solat. Pada petang itu, saya mandi terlebih dahulu dan barulah makan. Selepas makan, saya terus ke surau walaupun belum azan. Selepas solat Maghrib, saya ke prep dan menyiapkan kerja yang belum disiapkan semalam. Selepas prep dan Isyak, saya ke bilik dan tidur awal lagi. Ini hanya tertidur awal bukan sengaja.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan