Rabu, 30 Mac 2016

Rabu 30 Mac 2016

Pada pagi tadi, seperti biasa saya bersolat subuh di dewan serbaguna. Kemudian, saya balik ke bilik lalu menggosok baju kemeja untuk dipakai. Selepas itu, mandi dan bersiap-siap untuk ke perhimpunan. Seperti semalam, saya hanya bersarapankan biskut kerana sudah tidak sempat untuk sarapan di dewan makan. Selepas perhimpunan, kelas seperti biasa dijalankan. Kelas Matematik belajar tentang statistik. Kelas Muzik kami bermain kompang. Kelas Fizik belajar tentang 'wave' dan kelas Biologi tiada kerana cikgu pergi ke mesyuarat. Beliau hanya mengedarkan kerja kepada kami. Semasa rehat, kami dihidangkan 'chicken chop' yang sedap. Kemudian solat zuhur. Selepas itu, saya tidur kerana tiada kelas dan kelab dijalankan. Saya bangun pada 4.45 petang untuk solat asar. Pada pukul 6, saya mandi dan makan malam di dewan makan. Mulai malam ini juga, sistem baru telah diperkenalkan pada kami iaitu selepas solat maghrib, terus ke kelas prep. Selepas prep, barulah solat isyak di surau. Jadi, sekarang saya berada di kelas prep.
Terima kasih..♡♡

Tiada ulasan:

Catat Ulasan