Rabu, 4 Mei 2016

Selasa 19 April 2016

Yeayyyyyy!!!!!!!!!!!! Telah tiba hari yang dinantikan. Hari sukan! Memang terbaik. Pada awal pagi itu iaitu pukul 7.30 am, saya ke padang. Saya memakai baju Ruby baru tahun ini. Saya bangga memakai baju tersebut. Ia amat cantik. Kami memulakan hari tersebut dengan pemanasan badan di tengah - tengah padang. Ia memang sangat seronok. Semangat terlahir dalam diri semua pelajar dan guru - guru. Kemudian, saya dan beberapa ahli Ruby sambung menghias khemah kami. Bermacam - macam barang yang digunakan untuk hiasan khemah kami. Sementara itu, kami juga melihat dan menyokong acara - acara yang dijalankan. WOW!! memang pantas bagaikan harimau bintang di situ. Pelbagai aktiviti diadakan. Di situ juga terdapat jualan - jualan oleh orang dari luar. Memang sedap makanan dan minuman yang mereka jual. Cuma satu gerai tu macam tak laku sikit kerana sedikit orang sahaja yang membelinya. Pada waktu petang juga disambungkan dengan acara yang masih belum habis. Dan saya juga ketika itu menghias khemah dengan ahli Ruby lain. Saya tidak mandi petang itu kerana saya tidak balik bilik. Makan malam pula saya beli di gerai itu sahaja. Saya sibuk menolong hias khemah. Tanpa sedar saya lihat jam sudah 7 lebih. Kemudian, acara pusingan akhir dijalankan. Permata Insan juga mengambil bahagian di hari sukan itu. Jadi kami pon berlumba. Namun, kami dikejutkan kerana Permata Insan menang banyak acara. Ada juga sukaneka pada malam itu. Dan ditutup hari sukan 2016 dengan bunga api yang dipancarkan ke langit. Memang cantik.. Balik pada pukul 12 lebih dan tertidur terus kerana letih dan esoknya pula cuti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan