Petikan membincangkan tentang usaha-usaha membendung pencemaran alam sekitar di Malaysia.
Antara usaha-usaha yang dilakukan ialah mempromosikan usaha memelihara alam sekitar menerusi media. Selain itu, menggunakan sumber alam secara berhemat. Seterusnya, membuang sampah di tempat yang disediakan juga salah satu usaha. Di samping itu, membawa bahan kitar semula ke pusat kitar semula. Usaha yang lainnya ialah terdapat program berkaitan penjagaan alam sekitar dilakukan. Yang keenam ialah sisa-sisa makanan boleh dijadikan baja kompos. Mendermakan pakaian yang tidak digunakan lagi kepada orang yang memerlukan juga satu usahanya.
Kepentingan mewujudkan alam sekitar yang bersih ialah mengurangkan pencemaran udara, air, dan tanah. Selain itu, dapat mengurangkan pembaziran berlaku malah mengurangkan risiko kematian.
Kesimpulannya,usaha-usaha yang dilakukan di Malaysia telah menghasilkan kesan yang positif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan