ii. Penduduk kampung sedang mengemaskan dewan kampung tersebut bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang pada bulan ini.
iii. Kekemasan Pusat PERMATApintar Negara itu mendapat sanjungan yang tinggi oleh Perdana Menteri Malaysia.
iv. Harga barang - barang di pasar raya kini semakin meningkat disebabkan hal - hal yang tidak dapat dielakkan.
v. Saya amat menghargai jasa baik ibu bapa, guru, kawan - kawan yang sentiasa membimbing dan membantu saya.
vi. Ucapan penghargaan ini saya tujukan kepada guru - guru yang sentiasa memahami saya dan rakan - rakan yang setia bersama saya.
b) i. Beberapa buah buku masakan tradisional antara tahun 2000 hingga 2006 telah saya hasilkan.
ii. Sayur - sayuran di belakang rumah mestilah kamu siramkan setiap petang.
iii. Latihan intensif selama tiga bulan dijalani oleh Pelatih Program Latihan Khidmat Negara.
c) i. Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendukung usaha pemasyarakatan bahasa Melayu.
ii. Setiap pusat pelupusan sampah hendaklah sentiasa dipantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduduk di sekitarnya.
iii. Pengurusan syarikat itu menyasarkan peningkatan jualan produknya sebanyak tujuh puluh peratus dalam jangka masa setahun.
d) i. Susun atur perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian daripada pekerja syarikat tersebut.
ii. Keseluruhan penduduk kampong itu akan bergotong-royong apabila tiba musim menuai padi.
iii. Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat sesetengah pihak yang membuat spekulasi tentang rombakan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan