Khamis, 1 Mei 2014

DIARI ( 26 APRIL 2014 )

 Demam saya masih berterusan. Tambahan pula, kaki saya sakit sehinggakan susah untuk berjalan. Setelah kami sarapan di sebuah kedai makan, kami sekeluarga pergi pasaraya GIANT. Saya membeli beberapa barangan sekolah dan makanan. Begitu juga dengan abang saya. 
     Kemudian, kami pergi singgah ke kedai makan kerana lapar. Selepas itu, ibu membeli ubat demam untuk saya. Jam sudah menunjukkan 4:45 pm. Saya berasa sedih kerana saya terpaksa balik. Saya tidak boleh balik esok kerana ibu saya kerja.Pada waktu malam, saya berasa kesunyian yang amat sangat kerana tidak disamping keluarga. Rakan-rakan juga sepertinya ramai yang belum balik. Oleh kerana kesunyian, saya pun tidur walaupun baru sahaja pulang dari solat Isyak di surau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan