Ahad, 18 Mei 2014

NOVEL

GERUNAN DENDA
BAB 1
       Pada suatu malam yang sunyi, tiga sahabat baik berkumpul di sebuah pondok. Pondok itu usang dan dengar cerita ramai penduduk kampung yang diganggu oleh hantu. Haikal berkata, “wei, pondok ni kan berhantu… kenapa kita kena duduk sini?”. “Janganlah cakap yang bukan-bukan” balas Azim yang sedang ketakutan. Oleh kerana Zakwan yang mengajak mereka berdua, dia pun menjelaskan perkara sebenar dan menunjukkan sepucuk surat kepada Azim dan Haikal. Diatas surat itu tertulis ‘Zakwan, datang ke pondok hujung kampung. Pukul 12 malam nanti.. Jangan lupa bawa Azim dan Haikal sekali‘. Azim dan Haikal terpinga-pinga.
      Tiba-tiba, Azim ternampak seseorang yang sedang memperhatikan mereka dari sebalik pokok mangga yang berhampiran dengan pondok tersebut. Azim hanya terdiam dan terkumat-kamit mambaca zikir. Dia tidak mahu memberitahu rakan-rakannya. Malah, dia terus membaca dan membaca tanpa berhenti. Haikal dan Zakwan pelik akan perlakuan Azim.
       Jam sudah menunjukkan 2:30 pagi, masih tidak ada kelibat seorang pun yang mahu menemui mereka. Tiba-tiba, Azim berhenti berzikir dan dia terdengar sesuatu yang memanggil mereka. Selain Azim, Zakwan dan Haikal juga turut terdengar. Mereka semakin takut kecuali Haikal. Haikal pun berdiri di hadapan pondok lalu menjerit,“siapa tu?!!! Jangan main-main dengan kami bertiga. Kalau berani, keluarlah. Aku tak takut dengan kaulah..Tengoklah nanti, kalau kau keluar, aku belasah kau!
     Tiba-tiba, Azim dan Zakwan menjerit dan memanggil Haikal,“Haikal..Haikal...be..bela..belakang kau tu...p..po..po..po..cong!!!

BAB 2
      Haikal pun menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya dia melihat pocong di belakangnya. Lantas dia berlari pulang ke rumah padahal dia yang paling berani. Zakwan dan Azim pun mengikut Haikal berlari dengan lintang-pukang. Sambil berlari Zakwan berkata kepada Haikal,“ Kenapa kau lari dulu.. bukan ke kau nak belasah dia?” “Bila masa pula aku cakap macam tu??” balas Haikal sambil berpura-pura.
     Sampai di rumah masing-masing, mereka tidak lena untuk tidur kerana masih mengingatkan pasal pocong tadi. Inilah kali pertama mereka terjumpa hantu.
     Keesokan harinya, pada waktu persekolahan, mereka bertiga menceritakan kepada rakan-rakan sekelas mereka. Mulalah dihebohkan dari satu kelas ke satu sekolah dan ke satu kampung.
      Waktu selepas rehat, Zakwan, Haikal dan Azim ternampak surat di bawah meja masing-masing. Zakwan disuruh ke datang ke kelas seorang diri pada pukul 7 malam. Haikal pula disuruh untuk datang ke gerai makan pada 1 pagi manakala Azim akan pergi ke sebuah tasik di tengah hutan tepi kampung mereka pada pukul 9 malam. Setelah mereka membaca surat itu, lantas menunjukkan kepada rakan sekelas mereka. Selain surat itu, ada juga surat mengugut kepada mereka. Surat itu menyatakan kalau mereka tidak mahu pergi ada yang lebih teruk akan berlaku kepada mereka.
     Mereka bertiga mengajak beberapa orang untuk menemani mereka tetapi masing-masing tidak mahu kerana takut akan surat itu. Mereka berhasrat untuk memberitahu ibubapa mereka ketika pulang nanti.
          Selepas pulang, mereka bertiga ternampak surat di basikal mereka. Ketiga-tiga surat itu menyatakan bahawa kalau kamu bagitahu ibubapa kamu, maka peristiwa yang lebih besar akan berlaku. Kelihatannya surat mengugut lagi. Mereka semakin takut.
         Hari sudah menjelang malam, masa bertolak sudah tiba. Mereka berasa takut, lagi-lagi hari ini malam Jumaat.

BAB 3
         Zakwan sudah bersedia untuk 7 malam nanti. Tiba-tiba azan sudah kedengaran tetapi masih tiada seseorang pun. Dia pun terfikir,“Baik aku pergi solat Maghrib dulu kat kelas ni, tak adalah hantu datang usik aku”. Dia pun mengambil wuduk di sebelah surau sekolah. Selesai sahaja, diamengambil sejadah dari surau untuk bawa ke kelas.
         Sampai sahaja di kelas, dia pun membentang sejadah di lantai. Tanpa berlengah lagi, dia terus solat.Semasa sedang rukuk, dia merasakan sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Dia merasakan ada orang dibelakang dia. Dia menggerakkan biji  matanya supaya dapat menoleh ke belakang. Ya Allah!! terlintas di dalam hati apabila melihat seorang wanita bertelekung sambil solat dibelakangnya. Yang lagi terkejut apabila melihat orang tersebut berpaling dari arah kiblat.
       Oleh kerana di terkejut, dia hanya terpaku ketika rukuk dan tidak bergerak langsung. Rasa seperti ada malaikat maut yang ingin mencabut nyawanya.
       Tiba-tiba, wanita tersebut bersuara, “Bang, cepatlah solat… nak jadi ma’mum ..abang imam”.
       Tanpa berlengah masa, Zakwan berlari dari sekolah dengan lintang-pukang.
       Jam menunjukkan pukul 9 malam, Azim berseorangan di tasik. Untuk menghilangkan rasa takut, dia telah membawa peralatan memancing. Maklumlah.. banyak ikan di tasik itu.
       Jam sudah pukul 10 malam, banyak ikan yang ditangkap oleh Azim. Tiba-tiba, ada suara seseorang dari belakang ,“Hai bang...banyak ikan…”.
        Azim pun menoleh ke belakang dan dia terlihat tengkorak berbaju hitam. Azim yang paling penakut itu segera mencampakkan ikan-ikan yang dipancingnya seekor demi seekor ke arah tengkorak tersebut sambil menjerit, “Jangan! Jangan! Jangan! Tolong! Tolong! Tolong!” dengan berulang-ulang kali. Setelah ikannya habis, dia pun berlari keluar dari hutan.


BAB 4
      Sekarang sudah pukul 1 malam, giliran Haikal pula untuk diganggu. Ketika itu, Haikal sedang menonton televisyen di gerai makan yang sudah tutup. Dia berunutung kerana televisyen itu sentiasa boleh dibuka sesuka hati.
      Tiba-tiba rancangan televisyen ditukar oleh seseorang. Lagi-lagi ditukar kepada cerita hantu. Kedengaran pula orang berkata, “Cerita best tu…rugi tak tengok bang…”. Haikal terkejut apabila ada ramai wanita yang amat cantik, putih berseri seakan-akan orang bunian disebelahnya.
      Haikal pun berkata kepada wanita tersebut , “akak-akak semua yang cantik jelita, cuba tengok tu”, sambil menunjukan ke arah belakang wanita-wanita tersebut. Mereka pun menoleh ke arah belakang. Ketika itu juga, Haikal sempat melarikan diri.
       Dalam waktu yang sama, Azim, Haikal dan Zakwan dikejar oleh hantu-hantu yang mereka jumpai tadi.
       Azim dari arah utara, Haikal dari arah selatan dan Zakwan pula dari arah timur. Mereka berlanggaran antara satu sama lain. Akhirnya, hantu-hantu tersebut dapat mengejar mereka ketika mereka terjatuh. Azim, Haikal dan Zakwan dikepung oleh hantu-hantu tersebut.
      Mereka telah ditangkap dan diikat dengan tali di pondok usang yang dikatakan banyak cerita hantu…








BAB 5
      Keesokan harinya, Haikal terjaga. Namun, kawan-kawannya masih tidur. Mereka masih lagi diikat tetapi hantu-hantu itu sudah tiada kerana sudah pagi. Haikal pun mengejutkan Azim dan Zakwan. Mereka berdua terbangun. Zakwan berkata, “Alhamdulillah...kita hidup lagi.” Mereka pun cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Tiba-tiba Guru besar sekolah mereka datang ke pondok itu.
       Mereka meminta tolong guru besar supaya membuka tali itu.
       Guru besar pun berkata, “saya takkan lepaskan kamu bertiga sekiranya kamu tidak meminta maaf kerana kamu bertiga adalah pelajar yang suka ponteng kelas”
      Mereka pun meminta maaf dan bertanya, “cikgu Azman…hantu semalam tu hantu betul ke?”
      “Tak, semalam yang jadi hantu tu ada anak cikgu, cikgu-cikgu sekolah kita kawan-kawan dan mak ayah kamu bertiga pun ada…”. “Apa? Mak ayah kami pun ada?” lantas Zakwan berkata.
      “Dan pocong haritu… saya yang jadi”, sambung cikgu Azman.
      Mereka terkejut besar…
       “Inilah denda buat kamu semua…”kata cikgu Azman.


-        TAMAT –


Tiada ulasan:

Catat Ulasan